Sunday, April 27, 2014

Project April 2014

Salam semua...
Alhamdulillah,hari ini dapat settle 1 job baru di tabika rakan saya.



TADAA!


Finally, settle...hmm,for those yg berminat lawat la IG (instagram) saya ya "act_ujieroziana"
Bye..Jumpa lagi..

Friday, April 25, 2014

Mural

Salam dan salam sejahtera.
Lama tak update blog, sebab tuan punya blog:
  • sangat sibuk dengan kerja-kerja hakiki
  • sangat malas nak bukak laptop (melekat dgn smartphone)
  • sangat sibuk membuat part-time
Mulai harini, blog ni saya akan update my current obsession & project--> MURAL

 (Salah satu hasil kerja saya di tabika saya sendiri)

Saya mengambil upah melukis MURAL area Klang Valley. Kepada cikgu-cikgu sekolah atau tabika/pengusaha-pengusaha yang berminat boleh follow IG saya di " act_ujieroziana" untuk review current project & hasil kerja. Saya sangat prefer lukisan yang 'ala2 cartoon' yang lebih bersifat kanak-kanak.

Berikut merupakan beberapa hasil kerja saya..

















Carta ukur-tinggi yang permanent, tak payah gaduh-gaduh nak tampal atau tukar setiap tahun..




So, for those yang berminat boleh follow IG "act_ujieroziana" for details okay!

Wassalam.. tata


Sunday, October 28, 2012

A bunch of art >>sepanjang 2012




3d's 

baju designed by anak murid

 layang-layang

 bookmark




Quilling-kertas






Antara hasil-hasil seni yang dihasilkan sepanjang tahun 2012. Menarik bukan? Tak susah dan menarik untuk dijadikan hadiah. Boleh buat bookmark, greeting card dan macam-macam..

**preschool tips:
~ minta kanak-kanak gulung (dpt improve fine motor skills)
~ guna untuk tema: bunga, sayuran, buahan
~ kalau tak mahu masa yg lama, buat dlm group @ pasangan

How to make? >>kalau guna A4 warna-warni
* potong panjang2 lebih kurang saiz 1cm lebar, panjang selebar A4
* gulung- lebih afdal guna lidi halus
* gam di penghujung gulungan
* buat seberapa banyak
* gam/tampal gulungan membentuk corak yang dihajati
## kalau nak extra kuat, guna gam UHU

Selamat mencuba!!

Tuesday, July 17, 2012

butterfly


Salam semua..
Harini nak share mcmana nak buat rama-rama yg 'tertenggek' pada hujung pensel anda!

Ni barang2 yang perlu ada:
1) magazine lama-just nak sehelai je
2) salotape, double tape yg biasa & jenis foam tebal skit
3) kertas keras/cebisan kotak-size 5cm x 5cm
4) gunting (of course la!)
5) dawai utk buat sesungut
6) stapler besar (xde pun xpe..)

1st step:
 potong kertas keras dalam size 5cm x 5cm


gulung kertas sebesar saiz pensel

salotape keliling kertas keras tu (avoid gulungan terbukak)

  
cut the paper into half


 lipat kertas (macam kipas)

 lipat di tengah2


stapler atau ikat dawai utk sesungut di tengah-tengah lipatan

letak double tape ditepi lipatan (utk melekatkan dengan gulungan kertas keras)

letak double tape foam dihujung/atas gulungan kertas


cantumkan semua

TADAA!!

Siap sudah..selamat mencuba.Ganbate!




Thursday, November 24, 2011

lebah/bee by artzooka.com

Salam semua. Hari ni nak share satu web yang sangat menarik. Banyak idea-idea seni yang anda boleh dapat dari web ni..

Sebagai contoh;

Cara untuk membuat bee/lebah yang chumel~

Kalo rasa berminat nak buat yang lain-lain, pegi ke web ni: http://www.artzooka.com/intl/

okay, cukup setakat ni. Jumpa lagi & selamat mencuba!

Thursday, October 27, 2011

Origami~cute boots/shoe/kasut

Salam & hi there!
Nak share satu diagram from anonymous site..
Idea: boleh dijadikan bekas gula-gula untuk apa2 occasion (kenduri kawen/birthday party)
Cute & simple..